Monday, August 9, 2010

Kesan minum air daun ketum



Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan-kesan minum air daun ketum:
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Maklumat tambahan: Daun ketum ni bentuk dia macam sireh tapi lebih tirus dan x berapa lebar macam daun sireh. Dia punya 'kick' rasa buatkan kita terdiam macam orang bodoh pun ada. Kawan aku pernah cerita yang dia pernah minum air daun ketum dan terlupa untuk basuh semula cawan yang dah digunakan. Keesokan harinya dia ambil semula cawan-cawan yang dah digunakan semalam dan dia lihat sisa-sisa air ketum semalam dah jadi berketul macam gel rambut Revive dan gel rambut RM1. Kalau macam tu, apa akan jadi dalam perut kalau kita minum air tu?? Aku x dapat nak pastikan kesahihan maklumat ni. Apa-apa pun, JANGAN CUBA!!! hahaha..

No comments: